

Sejenak Sejarah 10 Bgd ParaPeranan 10 Para ini pada mulanya adalah sebuah pasukan serangan negara pada masa berlakunya peperangan atau darurat. Penubuhan Briged Payung Terjun ini telah dicadangkan oleh badan penasihat pertahanan Malaysia pada akhir tahun 1970an sebagai salah satu daripada rancangan pemodenan bagi sistem ketenteraan Malaysia. Pada asalnya rancangan ini tidak mendapat sebarang sokongan daripada pihak kerajaan yang dianggap berpunca dengan kaitan terhadap formasi briged ini yang bakal menjadi kesangsian oleh negara jiran, khasnya Singapura.Pada bulan November 1988, Malaysia tidak mampu menyahut permintaan untuk bantuan oleh Maldives semasa negara itu dicerobohi oleh organisasi pengganas upahan Tamil. Atas ketidakmampuan untuk memberi bantuan dengan segera, panglima angkatan tentera Malaysian telah mengemukakan penubuhan unit payung terjun dalam organisasi Tentera Darat Malaysia.PENUBUHAN 10 BGD PARA TERAWAL* 1988 – satu batalion infantri Tentera Darat Malaysia daripada Batalion ke-8 Rejimen Renjer DiRaja telah mendapat latihan payung terjun dan peranan tradisinya sebagai infantri biasa telah ditukarkan kepada batalion payung terjun. Batalion ini menjadi pasukan pertama aturgerakcepat terbaru.* 1990 – Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu DiRaja dan Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja telah menerima kelayakan dan menyertai pasukan aturgerakcepat.* 10 Oktober, 1994 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) telah merasmikan penubuhan Briged Infantri ke-10 Malaysia sebagai Briged ke-10 Payung Terjun.* Oktober, 1994 - 10 Para menerima latihan aturgerakcepat, dibantu oleh elemen pasukan elit Grup Gerak Khas Tentera Darat Malaysia dan PASKAL Tentera Laut Diraja Malaysia dan dengan melengkapi sokongan operasi oleh TLDM dan TUDM. Di sekitar pertengahan latihan berupa senario menawan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah daripada penceroboh oleh Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) diterajui oleh batalion ke-8 RRD (Para).TOKOH 10 BGD PARA* Brigedier Jeneral Dato' Suhaimi bin Mohd Zuki* Kolonel Hasagaya bin Abdullah* Leftenan Kolonel Lim Kiat Choy* Lt Kol Hamdan bin Ismail* Kapten Hajazi bin Kamis* Kapt Norhisham bin Md. Rahani* Leftenan Noor Suhana binti Sanusi* Pegawai Waran II Isa bin Ahmad Idris* Pegawai Waran II Setia bin Abdullah* Sarjan Nasarudin bin Mat Napiah (meninggal dunia pada 8 Disember, 2006)* Sarjan Jamaluddin bin Isnin* Sarjan Budi Jery bin Juaseh* Bombardier Murin bin Manjana* Koperal Wanita Nurul Azliza binti Nazri* Lans Koperal Wanita Nor Lalilati binti Haron* Lans Koperal Wanita Anismah binti Tapa* Prebet Wanita Roslinawati binti Maydin* Prebet Wanita Siti Rashidah binti Mohd. Amin

No comments:
Post a Comment